Soh Wooi Yik

Soh Wooi Yik (lahir 17 Februari 1998) ialah seorang pemain badminton Malaysia.[1] Beliau adalah sebahagian daripada pasukan Kejuaraan Junior Dunia BWF Malaysia pada 2015 dan 2016, dan telah membantu Malaysia meraih pingat perak dalam pasukan campuran sebelum dikalahkan oleh pasukan China pada 2016.[2][3] Beliau ialah anak bekas pemain badminton Malaysia, Soh Goon Chup.[4] Bapa saudaranya ialah Soo Beng Kiang, yang berganding dengan dengan Cheah Soon Kit untuk membantu Malaysia menjuarai Piala Thomas pada 1992.[4] Soh dan pasangannya Aaron Chia ialah finalis Terbuka England dan pemenang pingat emas dalam Sukan Asia Tenggara 2019.[5][6]

Soh Wooi Yik

Lahir (1998-02-17) 17 Februari 1998 (umur 23)
Kuala Lumpur, Malaysia
Cakat tangan Kanan
Tinggi 1.83 m (6 ka 0 in)
Jurulatih Paulus Firman
Berat 73 kg (161 lb)
Negara Malaysia
Ranking semasa 9 (9 Februari 2021)
Tahun aktif 2015–kini
Ranking tertinggi 8 (17 Disember 2019)